Pages

Saturday, February 28, 2015

Nota: Mathematical Reasoning

Tips SPM:

1. Soalan untuk bab ini akan keluar dalam Kertas 2 sahaja

2. Fokus SPM:

- menentukan ayat yang diberi adalah pernyataan/statement atau tidak
- menentukan pernyataan yang diberi benar atau palsu
- melakukan operasi 'semua', 'sebilangan', 'tidak', 'bukan', 'dan', 'atau' untuk pernyataan yang diberikan
- operasi 'jika...maka..' dan 'jika dan hanya jika'
- melengkapkan penghujahan yang diberikan - Premis dan kesimpulan
- deduction dan induction

3. Semua senarai diatas boleh disoal dalam setiap soalan kertas 2

 ===========================================================================

 
Pernyataan (Statement)
ialah satu ayat yang benar atau palsu tetapi bukan kedua-duanya.

 
Contoh:
  9+ 6 = 15                             :Pernyataan palsu
  10 adalah nombor genap     :Pernyataan benar
Jenis ayat seperti soalan, arahan dan seruan bukanlah pernyataan:
 
Contoh:
a) Siapa nama kamu?
b) Jangan bising!
c) 8xy


Hujah(Argument)
Satu proses membuat  kesimpulan berdasarkan pernyataan yang diberi beberapa.
Hujah terdiri daripada premis dan kesimpulan.
Premis = kenyataan yang diberikan
Mengenal pasti premis dan kesimpulan dalam setiap hujah berikut:

Jika x ialah nombor genap, maka 3x ialah nombor genap. 14 adalah nombor genap. Oleh itu, 42 ialah nombor genap.
Premis 1: Jika x ialah nombor genap, maka 3x ialah nombor genap
Premis 2: 14 adalah nombor genap
Kesimpulan: 42 adalah nombor genap.
Heksagon A mempunyai 6 sisi. ABCDEF adalah heksagon. Oleh itu, ABCDEF mempunyai 6 sisi
Premis 1: Sebuah heksagon mempunyai 6 sisi.
Premis 2: ABCDEF adalah heksagon.
Kesimpulan: ABCDEF mempunyai 6 sisi.

No comments:

Post a Comment